JOM SOLAT DHUHA BERSAMA-SAMA

Bismillah
Assalamualaikum wrbt

Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang sering diamalkan oleh baginda, Nabi Muhammad SAW. Solat sunat Dhuha ini dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya iaitu sekitar jam 8.00 pagi sehingga gelincir matahari sebelum masuk waktu zuhur. 



Bilangan rakaat solat ini boleh dilakukan dua, empat, enam atau lapan rakaat. Diriwayatkan oleh Saidina Ali ra katanya bahawa Rasulullah saw bersolat Dhuha enam rakaat pada dua ketika iaitu ketika matahari terbit matahari dua rakaat dan juga tatakala matahari naik sepengalah sedikit, sebanyak empat rakaat. 





Cara perlaksanaan Solat Dhuha: 

1. Niat : Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala
2. Takbiratul ihram
3. Membaca Al-Fatihah
4. Membaca surah Asy-Syams. 
5. Rukuk
6. Iktidal
7. Sujud pertama
8. Duduk diantara dua sujud
9. Sujud Kedua
10. Setelah selesai solar yang pertama, bolehlah membaca surah Ad-Dhuha dalam rakaat kedua. 
11. Memberi salam



Banyak kebaikan solat Dhuha antaranya ialah dimurahkan rezeki, dicukupkan keerluan, hati yang mudah melakukan kebaikan dan Allah akan mendirikan syurga kepadanya. Dan solat ini boleh dilakukan secara berjemaah namun niat solat adalah bersendirian. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Vision Board KakMai 2018

PENTINGNYA SUPPLEMEN DAN VITAMIN UNTUK KITA

Punca Penyakit Alzheimer